Selasa, 30 Mac 2010

Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2010




Pada 2-4 Julai 2010 nanti ada program untuk usahawan, tak kira remaja, pelajar IPT, peruncit, pemborong semua dijemput hadir untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. Tempatnya di tempat parking wisma bapa.


Banyak acara yang menarik diadakan sempena Satu Daerah Satu Industri (SDSI) selama 2 hari. cabutan bertuah ada juga menanti pengunjung bertuah. Di samping bertukar idea perniagaan, kita boleh mempromosi sambil menjual. Jom meriahkan program keusahawanan ini...;)

Tahun 2008, Jutawan Internet Irfan Khairi telah menjadi tetamu untuk program ini...;)

Sabtu, 20 Mac 2010

Petikan Seminar Jutawan Irfan Khairi


Dalam Utusan Borneo dah publish program yang saya anjurkan bersama Irfan Khairi, banyak tips-tips yang dikongsi bersama mengenai Perniagaan Internet. Irfan Khairi yang sinonim dengan jolokan Jutawan Internet atau Jutawan Siber mula berjinak-jinak dalam perniagaan setelah tamat pengajian di United Kingdom dan berkhidmat dengan sebuah syarikat multimedia iaitu Netmedia (UK) ltd di Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet.

Dengan bermodalkan RM 500 pada awalnya, beliau telah memperolehi untung bersih RM 1 Juta dalam masa 3 tahun pada usia 25 tahun. Irfan Khairi pernah memenangi Young Innovation Awards daripada Oxford Association of Management dan menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan dalam bidang motivasi dan perniagaan serta sering muncul di kaca TV dan radio dengan segmennya sendiri.


SEMINAR JUTAWAN yang bertajuk RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET Bersama Jutawan Internet IRFAN KHAIRI telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.04 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi di Pustaka Negeri.